Featured By: Aqilah Paharuzi June 10, 2022 @ 2:42pm

Hukuman Mati Mandatori Kini Dimansuhkan? Ini Info Terkini Yang Perlu Anda Tahu!

Heboh di ruangan media sosial mengenai satu pengumuman pihak kerajaan yang telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar membuat keputusan berkenaan susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada 8 Jun lalu.

Satu organisasi dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan menerusi laporan kajian berkenaan telah dibentuk dan diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum serta pakar-pakar dalam bidang perundangan.

Dalam satu kenyataan media bertarikh 10 Jun 2022, Wan Junaidi menjelaskan bahawa kerajaan secara prinsipnya menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori itu.

“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan,” katanya.

Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.

Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.

Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.

Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia.

Sumber: Berita Harian, FMT, Sinar Harian, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Feb 2019

Lelaki ini kongsi teknik edit gambar untuk pasangan keluar dating tanpa “third-wheeler”

Perkongsian ini telah mendapat likes sebanyak 7.3k di laman  Twitter. Menurut lelaki ini dia menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit bersama teman wanitanya  Ambil gambar asing-asing tetapi boleh edit nampak macam gambar dating berdua. Fuyooo.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
familuv Tue, 31 Mar 2020
Trending Thu, 6 Feb 2020
Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 10 May 2021

BPR Masih Dalam Proses Pengkreditan? Ini Sebabnya..

Umum maklum, pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah bermula pada 7 Mei lalu. Baca artikel berkaitan : Sebab Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tidak Berjaya Walaupun Lulus Fasa 1, Tarikh Rayuan BPR Namun, sehingga kini […]