Trending By: Dhia Iwana June 15, 2024 @ 12:03pm

I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke-7 Lebih Riuh Dengan Barisan Panel Penyiasat Baharu!

Sejak diperkenalkan, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) telah mencipta fenomena tersendiri dengan pengikutnya yang setia.

Program ini merupakan program realiti hiburan di Malaysia yang sambutan hangat saban tahun dengan capaian sehingga 14 juta tontonan sepanjang enam (6) musim.

Program yang dinanti-nanti kini kembali dengan musim ketujuh dengan penampilan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan baru panel tetap yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air, menjanjikan lebih banyak kejutan dan persembahan yang luar biasa untuk penonton di seluruh negara.

Istimewanya musim ini, penonton akan menyaksikan ICSYVMY7 tampil dengan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di episod yang tertentu. Berbeza dari musim yang lalu, musim ini akan menampilkan artis jemputan bukan hanya terdiri daripada kalangan penyanyi sahaja, bahkan juga pelakon dan pelawak.

Barisan panel tetap dan panel jemputan bakal diberikan peluang sebanyak empat (4) pusingan bagi membantu artis jemputan untuk memilih penyanyi yang sebenar.

Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.

Di bawah tajaan CelcomDigi, ICSYVMY7 ini diketuai oleh Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit.

Jamil menyifatkan ICSYVMY musim ketujuh ini menjanjikan elemen-elemen baharu dan menarik kepada penonton dengan kejutan-kejutan hebat yang menanti dalam setiap episod.

Dalam pada itu, pengacara pada musim kali ini masih mengekalkan gandingan mantap Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara, yang sememangnya akan membuat peminat dan penonton setia ICSYVMY tidak kering gusi.

“Kami sangat gembira untuk kembali bersama penonton dan tidak sabar untuk menyaksikan kejutan-kejutan hebat yang menanti. Setiap musim mempunyai keunikan tersendiri dan kami yakin musim ini akan menjadi yang terbaik!” kata Izzue dan Shiha.

Lebih menarik, penonton akan dihiburkan dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim.

Seperti biasa, artis jemputan akan memperoleh bantuan dari panel penyiasat tetap dan panel penyiasat jemputan untuk mengenal pasti penyamar dan penyanyi sebenar pada setiap episod.

Antara artis jemputan yang akan meriahkan lagi suasana di ICSYVMY musim ketujuh ini adalah Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Manakala, panel penyiasat jemputan pula terdiri daripada Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.

Anda sekeluarga juga boleh menjadi penyiasat! Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang akan bersiaran bermula 23 Jun, setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Hantu Jalan Kengkang Ejek Fazura?

Filem seram arahan Glen Goei dan Gavin Yap, dua pengarah yang berasal dari Singapura ini berlatar belakangkan zaman 60an dan pontianak lakonan Nur Fazura ini bukan ‘standard‘ hantu berambut panjang dan serabai ala Kak Limah, […]

Trending Tue, 1 Dec 2020
Fab Foodies! Mon, 22 Oct 2018

Ginseng Korea Vs Ginseng Amerika: Manakah yang Terbaik?

Apakah perbezaan antara Ginseng Amerika dan Ginseng Korea?Ketahuinya dengan lebih lanjut disini.

Featured Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Hati Linda Nanuwil Sudah Dicuri?

Selepas lama menghilang, penyanyi yang lahir menerusi sebuah program realiti televisyen sekitar 15 tahun lalu kini mahu membuat kemunculan semula.

Events Mon, 17 Sep 2018

Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik

Jangan lupa saksikan Vila Ghazara di Slot Akasia hanya di TV3!

Featured Thu, 30 Mar 2023
Trending Thu, 18 Feb 2021