i-Sinar 2.0 : Bantuan Yang Wajar Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz hari ini memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan secepat mungkin berikutan isu i-Sinar dan moratorium. 

Menerusi laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi agensi berkaitan.

“Mengenai isu i-Sinar and moratorium, Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat. Insya Allah” kata beliau.

Pengumuman tersebut dilakukan  setelah ramai yang menggesa kerajaan untuk melanjutkan  i-Sinar atau i-Sinar 2.0 d kerana masalah punca pendapatan yang dialami oleh rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Semalam, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata kerajaan akan mempertimbangkan setiap cadangan untuk mencari penyelesaian yang terbaik berikutan isu ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”