Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah

Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, manakala peguam Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.

Terdahulu, peguam, Fahmi Moin mendedahkan akan ada pertuduhan terhadap pasangan tersebut.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi

Recent Posts