Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia Di IJN

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad berkongsi berita duka bahawa ibunya tercinta meninggal dunia pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fahrin memaklumkan ibunya, Merbyah Akhwan menghembuskan nafas terakhir pada jam 10:06 pagi di Institut Jantung Negara, pagi tadi.

“Bonda saya Almarhumah Merbyah Binti Akhwan disahkan meninggal 10.06 pagi tadi di Institut Jantung Negara. AL FATIHAH,” tulis Fahrin.

Tulis Fahrin lagi, jenazah ibunya itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam
Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

“Jenazah akan diuruskan di IJN. Disolatkan di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota.

“Jenazah akan disemadikan di sini selepas asar,” maklumnya.

Terdahulu, Fahrin memaklumkan keadaan ibunya yang dirawat di IJN dan memohon doa orang ramai.

Khairil Khusyairi