Featured By: Salma Syahbuddin January 21, 2022 @ 11:46am

Imbas Suhu Kini Tidak Diwajibkan -KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata selepas ini individu yang ingin masuk ke mana-mana premis tidak perlu lagi mengimbas suhu sebaliknya memadai sekadar merekodkan butiran diri menerusi imbas menggunakan aplikasi MySejahtera.

“KKM juga bersetuju untuk mengeluarkan ini (pengimbas suhu). Ini adalah membabitkan pengumuman SOP seluruh negara yang mana perkara ini akan dibawa ke mesyuarat MKN.

“Tetapi KKM telah bersetuju supaya kita keluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada SOP.

“Jadi selepas dipinda nanti SOP pada sesi mesyuarat kuartet (COVID-1) akan datang, tidak lagi diwajibkan premis ada pengimbas suhu lagi. Memadai hanya imbas MySejahtera,” katanya.

Tegasnya, langkah tersebut diambil berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan COVID-19.

“Selepas kami melihatnya…sebenarnya, ia tidak menjadi satu langkah yang boleh mengekang penularan COVID-19. Maksud saya, tidak ada kaitan.

“Nasihat saya, jika anda tidak sihat…kalau sesiapa bergejala jangan keluar. Itu saja. Tidak perlu lagi uji suhu sesiapa lagi,” jelasnya.

 

 

Sumber : KKM

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019

Dayah Bakar Teruja Pertama Kali Sambut Puasa Sebagai Isteri

Meskipun tinggal berjauhan dengan suami, dia dan suami sepakat berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 21 Feb 2020
Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

BTS DROPPED DETAILS ON UPCOMING CONCEPT FOR THEIR NEXT ALBUM

BTS drop the bomb on the concept of their upcoming album! And we absolutely can’t wait to purchase it.

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Zaibo Meninggal Dunia

Al-Fatihah…

error: Content is protected !!