Featured By: Arfah December 26, 2021 @ 12:59pm

“Ini Barulah Keluarga Malaysia!” – Kaum India, Melayu Sama-Sama Bersihkan Masjid & Kuil

Banjir besar yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan rumah dan kedai perniagaan tapi juga rumah-rumah ibadat.

Beberapa video yang dimuat naik oleh Nallan Dhanabalan dengan nama pengguna @nallan.dh di TikTok merakamkan kerja-kerja pembersihan dilakukan di masjid dan kuil telah mendapat perhatian netizen.

Video yang dimuat naik menunjukkan beberapa orang kaum India dan Melayu membersihkan Surau Al Huda, Batu Belah, Selangor.

 

@nallan.dhSemangat rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama. Membersihkan masjid ❤️ ##klangbanjir ##foryourpage ##bangsamalaysia ##tiktokmalaysia ##klangberduka

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Di dalam video tersebut menunjukkan para sukarelawan berkenaan tersenyum dan bersatu mengangkat perabot serta karpet yang terjejas dengan air banjir.

Sebelum ini, Nallan memuat naik video menunjukkan beberapa sukarelawan dari kaum India dan Melayu membersihkan sebuah masjid di Klang.

Terbaru, pengguna sama memuat naik video beberapa sukarelawan dari kaum Melayu sama-sama membersihkan Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Klang Utama bersama dengan kaum India.

Nallan menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa antara sukarelawan yang terlibat terdiri daripada pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa.

“Jom kekalkan persahabatan dan kefahaman antara satu sama lain”

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit merasa amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan para sukarelawan, biarpun berlainan agama dan bangsa.

“Kita ni berlainan agama, tapi jiwa kita semua satu keluarga. Bangga dengan adik-adik ni semua. Terima kasih,” komen @tengkurayyanshah8

“Kenapa selama ini kita semua berpisah disebabkan isu perkauman. Tengok di sini. Hati saya menangis tengok macam ini,” komen @varunesh_2603

“Tolong brother and sister jangan kita biarkan sesiapa pisahkan kita. Jom kekalkan persahabatan dan kefahaman antara satu sama lain. Thank you to all,” komen rameshkumar39345

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

“Nak Cari Bukti Tak Ada Siapa Layan” – Awal Ashaari Menangis Terkenang Cincin Kahwin Kena Curi Di Milan

Allahu malang tak berbau, dah takde rezeki 😔 Semoga beri pengajaran buat kita semua!

Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Mon, 4 Jul 2022
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Featured Tue, 24 Jul 2018

Pelukis Papar Keindahan Egypt Menerusi Fesyen Cutouts. Kreatif & Luar Biasa!

Muhammed Salah mempromosikan negaranya dalam cara yang cukup unik dan kreatif menerusi seni indahnya.

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.