Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina June 2, 2020 @ 11:52am

Isu Maut Dilanggar Pemandu Mabuk, Kerajaan Sedia Beku Pengeluaran Lesen Jual Arak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia membekukan pengeluaran lesen penjualan minuman keras.

Ini susulan peningkatan jumlah kemalangan membabitkan pemandu mabuk dan juga kematian mangsa.

Undang-Undang & Hukuman Dinilai Semula

Menurut sumber, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin yang ditemui media ketika melawat Gerai Rakyat di Langkap, Teluk Intan hari ini berkata, perkara ini tertakluk kepada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan perbincangan antara kementerian lain yang berkaitan.

“Kita perlu fokus kepada memperkasakan undang-undang dan hukuman mesti juga dinilai semula. Kita ada Akta Pengangkutan yang berada di bawah Kementerian Pengangkutan dan perkara ini (pembekuan lesen) juga berkaitan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri),” katanya.

Diharap dengan tindakan ini dapat memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan hukuman berat diberikan kepada pemandu mabuk. Untuk maklumat dan info terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 May 2022
Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Zarina Zainoordin Bengang Asyik Ditanya Soalan Kahwin

Ish, netizen yang suka menyibuk hal orang lain…next time jangan tanya soalan sama lagi ok?

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.