Events By: Salma Syahbuddin March 27, 2022 @ 3:49pm

JAIS Benar Rapatkan Saf Solat & Tarawih 20 Rakaat Bermula 1 April Ini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan agar solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri Selangor dirapatkan saf seperti biasa bermula 1 April ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah baginda mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Selain itu, Sultan Sharafuddin juga berkenan agar solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan secara penuh iaitu 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di Selangor.

“Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin Covid-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

“Individu yang bergejala diminta menangguhkan dari menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain,” katanya.

Namun, baginda berharap agar seluruh rakyat Selangor terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penularan Covid-19.

 

 

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Featured Fri, 11 Jan 2019

Figura Januari 2019: Sepi seorang Alyah, bangkit untuk menakluk 2019!

Saksikan video temu bual eksklusif bersama figura bervokal mantap ini!

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 9 Dec 2022

Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya. Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak […]