Featured By: Attiqah Mohd October 7, 2021 @ 5:25pm

“Jangan Dibiarkan Malaun-Malaun Ni Terlepas” – Netizen Mahu Hukuman Mandatori Buat OKT Kes Zulfarhan Osman

Kes pembunuhan melibatkan kadet UPNM, Zulfarhan Osman yang didera dan diseterika sehingga maut oleh penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hampir menemui penghujung pada 2 November ini.

Difahamkan, sehingga ke hari ini hakim telah menolak hujah peguambela yang diwakili oleh Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Datuk Hazizah Kassim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter, beberapa netizen dilihat meluarkan rasa tidak puas hati mereka setelah mengetahui bahawa peguambela OKT cuba untuk mengurangkan hukuman mandatori gantung sampai mati kepada hukuman penjara tujuh tahun dengan alasan kematian Zulfarhan adalah disebabkan serangan jantung dan bukan berpuca daripada kesan melecur setelah didera.

Ramai yang turut berharap agar keadilan dapat ditegakkan terutama buat keluarga Zulfarhan Osman yang telah kehilangan anak mereka.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan penuntut UPNM terbabit membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi dan Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 dan 5.45 pagi 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Jan 2018

Cikgu-Cikgu Dah Tuntut Pencen ke Belum?

Panggilan untuk semua pesara guru di Malaysia! Ini kerana kira-kira RM13.6 juta dalam tabung pencen pesara guru masih belum dituntut sejak 2007.

Trending Sat, 7 Mar 2020
Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Manisnya Tasha Shilla bertudung. Tahniah buat Tasha dan Atiq!

Trending Sun, 26 Aug 2018

Curi Petai Punya Pasal, Lelaki Patah Tulang Rusuk

Difahamkan, dua cucu lelaki pergi ke kebun datuk mereka untuk ‘spot check’ kawasan persekitaran kerana difahamkan kerap berlaku kecurian petai sebelum ini.

Hiburan Fri, 25 May 2018

Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit…