Program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Pulau Langkawi, Kedah bakal bermula pada 16 September ini.
Prosedur operasi standard (SOP) terbaru bagi para pengujung yang ingin melawat Langkawi sudah pun dibentangkan dan terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi para pengunjung.
Namun, keputusan untuk tidak mewajibkan saringan COVID-19 dilakukan buat pengunjung ke Langkawi telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata warganet dilihat meluahkan kerisauan di media sosial berkenaan keputusan itu kerana khuatir kes akan meningkat sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Tak belajar ke dari kesilapan PRN Sabah dulu? Kita pernah menang hingga kes covid kita jadi 0, prestasi negara kita disanjung oleh dunia. tapi lepas kejadian kat sabah tu, sampai sekarang kita antara negara yang terburuk dilanda covid.
— Nyaman Skali~❄ (@meowning7) September 14, 2021
Apa benda la, jangan la merepek sangat, tak belajar dari kesilapan ke? Dah lah virusnya sekarang sibuk mutation. Lagi nak gamble je bagi lepas semua. Karang macam2 la variant yg wujud. pic.twitter.com/Zfso1mecfF
— Mira🧸 (@meyraa94) September 13, 2021
Langkawi is opening up for tourists. But I think mandatory testing on arrival at entry points is still necessary as a precautionary measure. https://t.co/EuuOXDx39g
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 14, 2021
Perkara berikut susulan ramai menganggap sejarah lama akan berulang kembali setelah kerajaan tidak mewajibkan saringan COVID-19 buat pelancong yang pulang dari Sabah tahun lalu.
Walaupun kerajaan membenarkan individu yang lengkap dua dos namun ramai yang berharap agar kerajaan memandang serius isu ini berikutan terdapat varian Delta yang mempunyai risiko berbahaya.