Events By: Salma Syahbuddin May 14, 2022 @ 1:32pm

Jemaah Alami Penyakit Kencing Manis Dan Darah Tinggi Tidak Layak Tunai Haji

Memetik laporan dari akhbar Utusan, hanya 45 daripada 85 jemaah haji dari negeri Perlis yang ditawarkan ke tanah suci berjaya melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais, 20 daripada bakal jemaah mengalami masalah obesiti, menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi tidak terkawal dan penyakit paru-paru kronik berdasarkan penilaian pegawai perubatan.

Manakala, 20 lagi bakal jemaah terpaksa menunda hasrat mereka disebabkan faktor peribadi.

 

“Kesian terutamanya orang tua yang dah lama tunggu giliran…”

Ekoran kenyataan tersebut, rata-rata warganet yang terkilan dengan syarat tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Prihatin dengan isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai doktor Nimelesh memuat naik ciapan di Twitter miliknya mengatakan syarat kelayakan menunaikan haji pada tahun ini amatlah ketat.

Malah, beliau juga turut menyenaraikan beberapa jenis penyakit yang menyebabkan seseorang itu tidak layak menunaikan haji.

 

Namun, Nimelesh mengingatkan bahawa bagi pesakit yang menghidap darah tinggi dan kencing manis, golongan ini bukanlah tidak boleh mengerjakan haji langsung tetapi, penyakit tersebut haruslah dalam keadaan terkawal.

Justeru itu, Nimelesh berharap dan meminta agar orang ramai sentiasa menjaga kesihatan.

 

Sumber: Utusan, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Events Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Penulis Lagenda Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Rest In Peace, Sir… Anda sememangnya seorang lagenda yang akan terus diingati.

Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara