Perundangan By: Khairil Khusyairi June 15, 2024 @ 2:40pm

JKM Kenal Pasti Orang Layak, Sesuai Jaga Adik Arwah Zayn Rayyan 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah meneliti senarai orang yang layak dan sesuai untuk dipertimbangkan sebagai penjaga adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matin apabila tempoh penjagaannya di institusi kebajikan tamat.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya kini meneliti senarai nama dalam kalangan ahli keluarganya bagi memastikan mereka benar-benar layak menjaga kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, selepas penelitian dengan rapi, pihaknya akan mengemukakan nama orang yang layak dan sesuai itu kepada mahkamah apabila tempoh penempatan di JKM tamat pada 9 Ogos depan.

“Buat sementara itu, kanak-kanak terbabit diletakkan di bawah penjagaan rapi JKM Selangor dan pada masa yang sama kita meneliti senarai mereka yang layak untuk penjagaan selanjutnya.

“Kita serahkan kepada mahkamah untuk memutuskan langkah seterusnya sama ada menyerahkan kanak-kanak itu kepada orang yang layak atau terus dijaga rapi oleh institusi JKM,” katanya.

Semalam, JKM Selangor mendapat perintah jagaan sementara kanak-kanak itu mengikut Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dari Mahkamah Majistret Shah Alam.

Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim dipetik berkata, kanak-kanak itu akan ditempatkan di institusi kebajikan bagi tempoh dua bulan sementara penyediaan laporan siasatan orang yang layak dan sesuai lengkap.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, apabila mahkamah memutuskan penjagaan kepada orang yang sesuai, JKM memberi tempoh untuk memastikan keserasian mereka dengan kanak-kanak itu.

“Walaupun mereka diberi hak mutlak untuk menjaga kanak-kanak itu nanti, JKM tetap akan memantau rapi untuk memastikan mereka serasi dan dapat menyesuaikan diri.

“Ini kerana difahamkan kanak-kanak itu mempunyai masalah percakapan yang memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Terdahulu, JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Pada Khamis, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Zayn Rayyan Diambil JKM Selangor

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

Terjejas Akibat Pandemik, Forum Perniagaan PKS BH Bantu Usahawan

Kegiatan ekonomi di Malaysia jelas terkesan sejak wabak Covid-19 melanda terutama terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ketika negara kita telah memasuki fasa endemik, sedikit sebanyak memberi sinar baru kepada para usahawan PKS. Terdapat hampir […]

Trending Hari Ini Sat, 6 Jun 2020

Kedai Gunting Rambut Dan Salun Boleh Mula Operasi Bermula 10 Jun!

Boleh la kemaskan diri semula bermula 10 Jun ini ye

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Lisa Surihani Mahu Teruskan Bidang Pengacaraan

Apapun semoga yang terbaik buat Lisa!

Trending Tue, 5 Jun 2018

Terbaiklah! Media Indonesia Puji Rakyat Malaysia

Media Indonesia turut memuji pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengambil langkah drastik dalam mengurangkan bebanan kewangan negara, antaranya seperti mengurangkan gaji menteri-menteri Kabinetnya.

Trending Thu, 18 Mar 2021

Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Cukai Baharu – Tengku Zafrul

Kerajaan tertumpu untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara…

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Events Tue, 17 Jan 2023

Sedia Dikritik, Naim Daniel Sentiasa Raikan Perbincangan Di Media Sosial

Sering menyuarakan pendapat mengenai pelbagai isu di laman sosial, pelakon dan penyanyi Naim Daniel sedia menerima apa jua kritikan serta meraikan perbincangan. Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 menerusi lagu Sumpah itu, dia akan sentiasa […]