Events By: Ad Ops September 19, 2019 @ 2:17pm

Jom Pergi Karisma Jelajah Suria Johor Minggu Ini!

Buat korang yang belum berkesempatan berkunjung ke Karisma Jelajah Suria di Shah Alam dan Kuantan, no worries sebab Karisma Jelajah Suria bakal ke Angsana Mall, Johor Bahru pada Sabtu, 21 September ini!

Anda berpeluang untuk beramah mesra bersama penyampai Suria Fm seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin serta berhibur dengan persembahan artis popular seperti Floor 88, Ara Johari, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Usop, Muna Shahirah, Zack Zakwan, Ariff Sany, Poey Sting dan Tuah Adzmi. 

 

Penyampai Suria Feeya Iskandar

 

Penyampai Suria Fara Fauzana

 

Penyampai Suria Issey

 

Ara Johari

 

Amir Masdi

 

Dapatkan cenderahati eksklusif Suria seperti t-shirt, payung dan topi dengan harga promosi di booth Kedai Suria.

Pertandingan Mewarna KUNTUM  dan Pertandingan KiraOke Suria juga masih dijalankan seperti biasa. Jangan lepaskan peluang okey!

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi Karisma Jelajah Suria, Suria FM menawarkan siaran langsung acara tersebut di radio menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Nak tahu maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria? Anda boleh lawati  laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2019

Didakwa Menderita Anorexia Nervosa, Apa Komen Amyra Rosli?

Amyra memberitahu meskipun berat badan hanya mencecah 41 kilogram, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan.

Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Mafarikha Beri Inspirasi Kongsi Wajah Dahulu Dan Sekarang

Walaupun zaman sekarang kelihatannya golongan remaja sangat menitikberatkan penampilan sehingga ada yang obses dengan penampilan artis Korea, namun bagi Mafa apa yang penting adalah sentiasa memanfaatkan usia muda mereka.