Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2022 @ 2:36pm

Jom Semak Jumlah Bayaran BKM 2022 Mengikut Kategori & Syarat Kelayakan Penerima

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kali ini bakal memperuntukkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu jumlah penerima lebih ramai berbanding penerima Bantuan Prihatin Rakyat ( BPR) sebelum ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, BKM bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Ini selaras dengan inisiatif kerajaan yang kekal komited dalam memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Berikut merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon BKM 2022 mengikut kategori serta syarat kelayakan penerima.

Syarat Kelayakan

Isi Rumah – Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (myPR/MyKAS)
  • Bukan warganegara Malaysia (selain pengenalan myPR/myKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) ATAU anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (myKad/myKid) sahaja dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur;
  1. 18 tahun dan ke bawah ATAU
  2. 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta

Warga Emas Bujang  / Tiada Pasangan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 19 tahun – 59 tahun

Jumlah BKM 2022

Berikut kategori mereka yang layak memohon BKM:

  • Isi rumah (<RM2,500): RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000): RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000): RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000): RM600
  • Bujang (<RM2,500): RM350
Penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti
berikut:
• Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila di diagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
• Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan,
Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

SOFI JIKAN DITAHAN POSITIF GANJA

Pelakon ini ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari.

Featured Mon, 6 Feb 2023
Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Events Wed, 21 Mar 2018

Newest Recreational Landmark Opens in KL and Responses are Overwhelming!

A new hot spot for family outings has opened up in Kuala Lumpur.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

‘Kalau Ada Berita Gembira, Pasti Saya Kongsi’- Nadzmi Adhwa

Doakan yang baik-baik untuk mereka ok…

Featured Thu, 30 Apr 2020
Hiburan Sun, 6 Oct 2019

Sharnaaz Lepas Geram Pada Siapa??

Sudah pasti kes penceraian pelakon, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa, Noor Nabila yang masih belum selesai membuatkan pelakon Cinta Bukan Kristal itu amat merindui anak tunggal mereka, Jebat Jayden yang buat masa ini tinggal bersama

Featured Sat, 21 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!