Trending Hari Ini By: Aisyah Badrul August 4, 2020 @ 11:50am

Jom Semak Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Di Aplikasi myTNB !

Seperti yang kita sedia tahu,kerajaan telah menawarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang bertujuan meringankan beban pengguna domestik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Kesemua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati penggunaan elektrik percuma sehingga RM231 (RM77/bulan) untuk bulan April, Mei dan Jun.

Atas sebab itu, kini anda boleh membuat semakan penyata terperinci BPE melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB.

‘Saya telah bayar ekstra’ atau Jumlah Perlu Dibayar untuk bil bulan Julai anda adalah negatif?

Sekiranya anda melihat salah satu info di atas ini, ia bermaksud anda mempunyai lebihan bayaran, iaitu setelah caj kegunaan semasa ditolak dengan BPE serta diskaun di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi lalu.

Oleh itu, anda tidak perlu membuat pembayaran untuk bil bulan Julai kerana lebihan bayaran tersebut akan ditolak dalam bil bulan Ogos.

Jadi, sekarang nak buat apa?

Anda tidak perlu berfikir panjang lagi untuk bertindak.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.tnb.com.my atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, emel [email protected] atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenagaberhampiran.

Segalanya ada di hujung jari anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Gigi Kembali ‘Nakal’ Di Kuala Lumpur

Wahh akhirnya terubat jugak rindu peminat nak tengok Gigi perform!

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

#CintaBukanKristal; Watak Aryana Tak Sama Dengan Husna

Tetapi bila melakonkan watak ini, terdetik dalam hati berkata, I will never do this to anyone (saya tidak akan lakukan hal ini terhadap wanita lain).

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tahniah! Antara Momen Indah Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Bersama Baby J

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noornabila akhirnya menerima zuriat sempena ulangtahun ke- 33 Sharnaaz. 

Hiburan Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Isteri Tidak Lagi Bertudung, Ini Jawapan Ikhlas Nabil Ahmad

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab.

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022

Konsert Ulang Tahun Ke-26 Ungu Buai Emosi Lebih 3,000 Peminat

Wow! Raja Permaisuri Agong pun ada dekat #UnguLiveInKL

error: Content is protected !!