Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2021 @ 4:30pm

Jom Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan RM480 Buat Suri Rumah, Ibu Tunggal & Balu

Insentif i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula diperkenalkan sejak 2018 lagi dimana, ia memberi manfaat kepada golongan suri rumah dengan jaminan masa depan kerana bantuan ini diberikan dalam bentuk skim KWSP sama seperti ahli yang lain.

Skim bantuan ini diberikan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua, atau ketika menghadapi kesusahan seperti perceraian, kematian suami dan suami hilang upaya.

Faedah i-Suri

Antara faedah bantuan i-Suri adalah;

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 pada tahun 2018 dan RM480  pada setiap tahun berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen KWSP
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Syarat kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan dan pendaftaran bantuan  i-Suri;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  4. Isteri kepada ketua isi rumah (KIR) / Wanita (KIR)
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Untuk makluman, suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada suatu masa. Sekiranya telah berdaftar dengan insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru.

Cara Permohonan skim i-Suri

Pendaftaran /permohonan boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai dalam senarai eKasih.

Manakala, pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter KWSP di seluruh Malaysia.

Antara dokumen yang diperlukan ialah;

Kaedah Pembayaran

Berikut merupakan kaedah pembayaran caruman i-Suri;

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional & RHB Bank)

Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik (Maybank & Public Bank)

Sumbangan kerajaan juga akan dikreditkan ke akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali tempoh Januari hingga Jun, Julai hingga Disember pada setiap tahun.

  • Akaun 1  dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  • Akaun Emas – peserta berumur 55 tahun dan keatas

Untuk maklumat lanjut berkenaan caruman i-Suri KWSP, anda bolehlah layari portal rasmi KWSP  atau hubungi talian 03-8922 6000.

 

Sumber : KWSP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Siti Muat Naik Suara Tangisan “Puteri Rasullullah!”

Wah! Nampak gayanya Fatimah-Az-Zahra dah ada nama tanda pagar #BabyCTDK.

Featured Fri, 28 Apr 2023

Mael XPDC Meninggal Dunia Di Usia 55 Tahun

Inalillahi wainailaihi rajiun.. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga roh arwah tenang di alam baqa

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Sat, 11 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Featured Sun, 17 May 2020
Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.