Kerajaan Negeri Selangor kini memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah Selangor untuk membiayai usahawan dalam usaha menyokong perniagaan di negeri tersebut.
Difahamkan sektor keusahawanan ini sangat penting bagi kerajaan negeri bagi merancakkan semula ekonomi sekaligus memperkenalkan skim pembiayaan yang dikenali sebagai Skim i-Lestari.
Skim i-Lestari merupakan skim yang menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.
Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- RM51,000 sehingga RM100,000
Maklumat pembiayaan
- Tempoh pembiayaan – 50 minggu (1 tahun) sehingga 250 minggu (5 tahun)
- Caj perkhidmatan – 8% setahun
- Wajib membuat tabungan
- Bayar balik secara mingguan / bulanan (Tertakluk kepada perubahan semasa)
Syarat Kelayakan
Tawaran skim i-Lestari ini terbuka kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut;
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Selangor/ Bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun
- Mengundi dalam negeri Selangor
- Berumur 18 hingga 65 tahun
- Perniagaan sudah beroperasi
- Mempunyai premis perniagaan yang khusus
- Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan atau pajakan
- Mempunyai lesen / perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai rekod yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Dokumen permohonan
Permohonan mestilah dibuat dengan mengemukakan dokumen berikut;
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
- Salinan lesen perniagaan (SSM/Permit PBT/ Kad Nelayan/ Geran Tanah) pemohon
- Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini
- Gambar perniagan pemohon
- Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon
Cara mohon
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi mikrokredit.selangor.gov.my
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan bolehlah layari www.hijrahselangor.com
Sumber : Hijrah Selangor