Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2022 @ 5:53pm

Kadar Bayaran Tambahan Bagi Bantuan Keluarga Malaysia Kini Dinaikkan, Bayaran Fasa 2 Akan Diterima Pada…

Umum sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bayaran tambahan bagi bantuan keluarga Malaysia (BKM) akan dinaikkan.

Ia selepas mengambil kira kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan pada ketika ini.

Menurutnya, kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan ini terutamanya kepada golongan B40.

  • Isi Rumah = RM100
  • Individu Bujang = RM50

Penerima BKM  juga akan menerima sehingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar secara one-off dalam fasa 2.

Selain itu, penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya bagi menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

“Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500, tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan mana-mana kerajaan,” katanya ketika sidang media khas yang dilakukan secara maya di Putrajaya hari.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan semakan status pembayaran boleh dibuat bermula Isnin ini melalui portal rasmi  bkm.hasil.gov.my.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Jul 2019

Anak perempuan Eminem sekarang sudah besar panjang dan ‘cun’ habis!

Patutlah ramai yang ‘follow’ di Instagram!

Trending Mon, 3 Aug 2020
Featured Thu, 10 Mar 2022

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Boleh rentas negeri walau tanpa suntikan booster dan…

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

12 Jam Untuk Anak-Anak, Ziana Zain Seronok!

Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Featured Mon, 14 Oct 2019

Belanjawan 2020 sedia 6 insentif untuk wanita

Peruntukan lebih holistik dengan pelbagai manfaat

Events Sun, 12 Aug 2018

Hari Raya Aidiladha 22 Ogos Ini

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018.

error: Content is protected !!