“Kalau Nak Buat, Buatlah Tapi Ada Padahnya”- Ketua Polis Johor Beri Amaran Keras Buat Pasangan Anti Vaksin

Baru-baru ini sepasang suami isteri anti vaksin tular di media sosial apabila mereka melakukan  eksperimen sosial iaitu “dine in” di sebuah restoran. Pasangan tersebut kini ditahan oleh pihak polis.

Susulan kes tersebut, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay telah tampil memberi amaran kepada mana-mana individu yang berniat untuk membuat perkara yang sama.

“Jangan mengambil kesempatan, jangan nak buat eksperimen. Kita ada team team pemantauan kita yang membuat pemantauan di semua tempat termasuklah restoran dan sebagainya.

“Kalau nak buat juga, buatlah tapi (kena tahu) implikasinya besar. Kalau kita dapat tangkap, kita akan bagi kompaun.”

“Kita ada banyak kaedah untuk kita memeriksa. Jadi eloklah jangan buat eksperimen. Kalau kita dapat tangkap, terimalah akibatnya”, kata beliau menerusi sebuah video yang di muat naik di laman Facebook.


Terdahulu, tindakan golongan anti vaksin telah mencetuskan kemarahan warganet kerana bersikap mementingkan diri sendiri dan mampu merisikokan nyawa orang lain.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”