Karya Seni Miriam Omar Jadi Pilihan TV3 – “Saya Sangat Berbesar Hati Apabila…”

Sempena meraikan ulang tahun TV3 ke-38, kini TV3 muncul dengan iklan terbaharu yang bertajuk TV3 Sentiasa Bersamamu.

Iklan istimewa ini menampilkan kerjasama antara TV3 bersama pelukis karya seni kreatif yang telah menempa nama di Asia Tenggara iaitu Miriam Omar, serta pengarah filem Nik Amir Mustapha.

Sepanjang beroperasi selama 38 tahun, TV3 telah menghasilkan pelbagai iklan TV3 yang menyentuh hati penonton seperti sambutan Hari Raya, Kemerdekaan dan sebagainya.

Kali ini, iklan ini diinspirasikan oleh Miriam Omar, berdasarkan pandangannya terhadap TV3 yang telah menjadi sebahagian dari hidupnya sejak menjadi pengacara kanak-kanak di TV3 pada tahun 90-an.

Menurut Miriam, dia sangat berbesar hati apabila TV3 memilihnya untuk menghasilkan dan memaparkan karya seninya kepada masyarakat.

“Saya sangat berbesar hati apabila dipilih oleh TV3 untuk menghasilkan lukisan untuk dipamerkan dalam iklan mereka. Saya juga gembira apabila hasil lukisan saya dapat diterima ramai,” kata Miriam.

Sementara itu, Nik Amir Mustapha yang merupakan pengarah bagi iklan TV3 ini juga telah berjaya mengembangkan karya seni Miriam dengan membawa visual menghayat hati itu ke skrin televisyen.

Menerusi kenyataan TV3, konsep dan tema iklan TV3 ini terlahir apabila Miriam menyatakan TV3 serasi dengan dirinya sejak kecil lagi dan banyak rancangan terbitan stesen televisyen ini masih diingatinya sehingga ke hari ini.

“Sejajar dengan tema ulang tahun TV3 Sentiasa Bersamamu yang diangkat sebagai tema keseluruhan, iklan TV3 ini dapat dilihat sebagai TV3 sentiasa bersama penonton dalam setiap aspek kehidupan, membesar bersama dan kekal relevan.

“Selain itu, iklan TV3 ini menekankan bahawa TV3 ialah saluran siaran di mana setiap kasih sayang dan kebahagiaan dapat dikongsikan bersama,” jelasnya.

Iklan yang menampilkan pelakon Shakila Khoriri sebagai orang biasa yang membesar bersama TV3 dan mewakili karakter Miriam Omar ini juga telah disiarkan di TV3 sejak 17 Jun lalu.

Selain ingin terus mengekalkan semangat penonton lama yang setia dan baharu, TV3 turut menyuntik elemen menyentuh emosi penonton TV3 yang sentiasa bersama kami sepanjang 38 tahun ke udara menerusi iklan ini.

Orang ramai boleh menggunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan lagi perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan jun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang ulang tahun TV3 ke-38 , layari https://www.xtra.com.my/tv3anniversary

Ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Fatin Nurain