Featured By: Arfah December 5, 2021 @ 12:17pm

Kejam! Kanak-kanak 5 Tahun Maut Didera Ibu Kandung Dan Bapa Tiri

Sepasang suami isteri ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat didera di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, Johor.

Memetik laporan The Star, kanak-kanak yang berusia lima tahun itu ditemui sudah lagi tidak bernyawa ketika dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pihak polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan HSA mengenai kejadian ini pada 12.20 tengah hari.

“Mangsa mengalami kecederaan di mulut dan bengkak seluruh badan.

“Pasukan forensik polis turut menemui sebatang paip getah di sinki bilik air, sebatang kayu dan sebatang paip plastik berlumuran darah di atas sofa di rumah suspek,” kata Dzulkhairi.

Siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama dua suspek yang terlibat iaitu ibu kandungnya dan bapa tirinya yang berusia 35 tahun serta dua lagi adik beradik.

“Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan pemeriksaan lanjut mendedahkan kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” kata Dzulkhairi lagi.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa untuk proses bedah siasat selepas mendapatkan keputusan ujian Covid-19 mangsa pada Sabtu.

Sumber: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Dec 2020
Featured Sat, 11 Feb 2023
Trending Fri, 16 Oct 2020

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Semoga Malaysia dijauhkan dari Covid-19

Featured Tue, 20 Dec 2022

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia. Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup […]

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.