Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 12, 2024 @ 5:12pm

Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”

“Insya Allah, kami sekeluarga kuat untuk esok,” kata datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember tahun lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Zahari Mohd Reba, 56, yang juga bapa serta mertua kepada pasangan kanak-kanak malang itu berkata, keluarganya akan sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

“Alhamdulilah,(prosiding rekod keterengan) hari ini sudah selesai. Kami serahkan pada peguam.

“Saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan dan kami akan datang esok untuk kes ini,” katanya pada pemberita di perkarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, polis membawa ibu kepada Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret di sini bagi merekod keterangan bersalah mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bagaimanapun, kedua-dua peguam yang mewakili pasangan terbabit yang kini orang yang di siasat (OYDS) iaitu Fahmi Abdul Moin dan Mahmud Jumaat membantah prosiding tersebut.

Dalam pada itu, kakak kepada ibu Zayn Rayyan yang enggan dikenali berkata, keluarga berharap akan ada berita gembira berhubung kes yang dihadapi adiknya.

Wanita terbabit turut memaklumkan, dia akan hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada adik bongsunya itu daripada tujuh beradik.

“Kami berharap untuk esok, kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan).

“Alhamdulilah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan). Insyallah satu Malaysia akan gembira,” ujarnya.

Ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan tiba di mahkamah sekitar jam 10.20 pagi dengan menaiki sebuah van polis tanpa logo.

Wanita berusia 29 tahun itu dikawal ketat anggota polis dengan bergari sebelum dibawa masuk ke lobi mahkamah.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Kurang Dikenali Di Malaysia, Yura Pasang Strategi!

Nama penyanyi Yura Yunita mungkin tidak sekuat nama penyanyi Indonesia lain seperti Kris Dayanti atau Rossa di sini. Namun ia tidak menjadikan masalah buat pelantun yang mula dikenali menerusi lagu Cinta dan Rahasia ini untuk […]

Trending Tue, 22 May 2018

Najib’s Lawyers Quit Right Before Questioning by MACC

It seems like Najib’s legal team would rather quit than fight for him.

#TriviaXTRA Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Sat, 30 Mar 2019
Trending Thu, 4 Jun 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tak Hirau Kecaman Netizen Pertikai Kelayakan Jadi Artis Pemanas Pentas, Bunga Tetap Bangga…Akhirnya Pengorbanan Ibu Terbalas!

“Ini semua kerana mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” – Bunga