Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2022 @ 1:00pm

Kerabat Diraja Akui Guna ‘Minyak Ganja’ Dengan Alasan…

Susulan kontroversi melibatkan penyanyi dan komposer lagu, Yassin Sulaiman berkenaan penglibatannya dalam penanaman dadah jenis kanabis mendapat liputan, kali ini pengasas Halal Hemp iaitu Tengku Chanela Jamidah Tengku Abdullah mengakui, beliau juga turut menggunakan minyak ganja atau Cannabidiol Oil (CBD) bagi tujuan perubatan.

Menurutnya yang baru sahaja melancarkan inisiatif Halal Hemp dalam usaha mengubah fikiran dan undang-undang mengenai isu penanaman kanabis dan hem untuk tujuan perubatan menjelaskan,  Halal Hemp adalah organisasi pensijilan pertama di dunia yang mencipta proses pengauditan bahan aktif dalam tumbuhan ganja dan CBD sebagai berstatus halal.

 

 

Boleh rawat sakit kronik, insomnia dan masalah kerisauan

Tegasnya, beliau merupakan antara individu yang mengambil CBD untuk mengatasi masalah kerisauan, insomnia dan sakit kronik.

“Ia sangat mengejutkan. Kepelbagaian penggunaan tumbuhan ini, ditambah pula dengan perubahannya dalam meningkatkan kualiti hidup saya, mendorong saya untuk berkongsi mengenainya dengan orang lain,” katanya.

Justeru itu, beliau bersetuju jika memansuhkan hukuman mati mandatori sebagai sebahagian daripada sabit kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

“Kita mesti berubah daripada cara lama kita dan mengenal kesan larangan dan bagaimana undang-undang menyiksakan ini terhasil. Penjara sudah sesak, dengan 60 peratus banduan di penjara kerana sabitan kes dadah tanpa kekerasan.

“Negara membelanjakan lebih RM500 juta setahun untuk mengekalkan banduan tersebut. Pembiayaan itu boleh diperuntukkan dengan lebih baik ke arah pembangunan negara kita dan tujuan yang lebih wajar. Kita mesti memansuhkan hukuman mati dengan serta-merta,” jelasnya.

Sementara itu, Tengku Chanela juga turut berkongsi beberapa cerita mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan bagaimana kesan CBD ini dalam membantu mereka pulih semula menerusi ruangan ‘Highlight’ di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, isu penggunaan ganja dalam perubatan turut dibentang di Parlimen oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekaligus menarik perhatian beliau dan sempat berkongsi pandangannya mengenai penggunaan CBD ini dari sudut positif.

 

 

Sumber : Malaysia Kini, Murai, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 May 2021
Gaya Hidup Wed, 8 Apr 2020

Idea dekorasi dapur kecil cantik, barulah seronok nak masak

Siapa kata ruang dapur sempit tidak boleh dihias cantik

Trending Wed, 6 Jun 2018

Wow! Beg Tangan Rosmah Jadi Perhatian

Berdasarkan carian di internet dipercayai ia merupakan beg Versace Demetra Vanitas yang berharga diantara RM5,000 hingga RM9,000 menerusi laman web www.1stdibs.com. 

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Dakwah Cara Anak Muda, Da’i Adam Mahu Kerap Turun Padang

Jika diberi peluang untuk mengacara sesebuah program, saya memilih program untuk mendekati belia di luar sana dan memperbanyakkan aktiviti turun padang untuk berdakwah. Insya Allah jika diizinkan-Nya, doakan agar segalanya dipermudahkan…

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

HaHa and Byul are Expecting Their 3rd Child!

Congratulations to the couple!

error: Content is protected !!