Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2021 @ 3:04pm

Kerajaan Bercadang Had Pengeluaran i-Citra Dinaikkan

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa memaklumkan kerajaan akan memperhalusi  dan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra.

Ia termasuklah mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan, bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas.

Pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra ini perlu mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak pada sesi perbahasan Titah Diraja pernah mencadangkan agar had pengeluaran i-Citra dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 dan cadangan memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Bagaimanapun, cadangan itu akan dipertimbangkan sebagai usaha untuk menambah aliran tunai kepada setiap isu rumah yang memerlukan.

 

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Mar 2018

为稳定薪水做无聊工作?放弃「这些」迎接精彩人生

你总是幻想着要有多多姿的人生,却始终不知道该如何前进?美国作家兼广播节目主持人Srinivas Rao建议大家要放下5件事,才能够迎来「与众不同」的精彩人生,值得好好深思。

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Siapa Penyanyi Terkenal Yang Baru Ada Akaun Instagram?

Baru dibuka enam hari, penyanyi berusia 48 tahun itu sudah memiliki lebih 11,000 pengikut di Instagram.

Trending Mon, 14 Oct 2019
Trending Wed, 11 Jul 2018

马上找「这种叶子」蟑螂再也不敢出现!

蟑螂到处都在,而蟑螂不死的生命力也让人相当头痛……

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
error: Content is protected !!