Agama By: Khairil Khusyairi June 28, 2024 @ 5:00pm

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan pejabat agama Islam di wilayah selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat negara ini di sana dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata setakat ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pejabat agama di lima wilayah selatan Thailand dan perbincangan mengenainya akan dilakukan secara berterusan.

“Di peringkat kementerian hal ehwal agama kita ada perbincangan dengan majlis agama Islam di lima wilayah selatan Thailand dan kita ingin memastikan bahawa proses (perkahwinan) dan juga segala apa yang dilaksanakan itu mengikut undang-undang supaya kelak tidak ada permasalahan di masa depan.

“Kita akan teruskan juga perbincangan seterusnya dengan pihak yang berkaitan,” katanya.

Tambah Zulkifli, pihaknya sentiasa peka dengan isu semasa membabitkan perkahwinan rakyat ini di negara jiran.

“Kita melihat bahawa yang lebih penting adalah bagaimana untuk memastikan perkahwinan yang sah itu dapat membina syurga dan kebahagiaan keluarga.

“Di peringkat kementerian, kita juga memberikan kesedaran dan kefahaman dengan memperkukuhkan kursus kahwin,” ujarnya.

Terdahulu, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Sumber: Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Adil Untuk Bercinta Atau Sayang Lebih Daripada Seorang” – Aedy Ashraf Dipuji Matang Jawab Soalan Tentang Poligami

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Anggap Isu Poligami Adalah Pilihan Sendiri, Bukan Perkara Besar – “Ia Wujud Dari Zaman Rasulullah Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Buka Aib, Kalau Boleh Simpan Dalam Selimut” – Ashraf Muslim Kongsi Tips Poligami, Akui Bukan Mudah

ARTIKEL BERKAITAN: Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023
Featured Fri, 16 Jul 2021

PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Tamat, Boleh Rentas Negeri Dalam Fasa 3 & 4

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan di 34 buah mukim di Selangor hari ini. Menerusi ciapan Twitter hari ini memaklumkan pihak MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD yang bermula 3 Julai lalu. […]

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

Featured Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 19 Mar 2018

Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Comel Pipi Merah. Alahai Sweet Sangat Tok Ti…

Pastinya pada saat ini seluruh peminat penyanyi kesayangan ramai ini teruja dan tidak sabar untuk menanti wajah puteri comel yang dilahirkan seberat 3.55 kilogram itu.

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Super Junior’s Leeteuk Undergo Emergency Surgery

He has been pulled out of scheduled events.