Kes Amang Seksual: PU Azman Diarah Bela Diri

Pendakwah bebas, PU Azman atau Cik Man, diarah membela diri terhadap dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, Hakim Mahkamah Sesyen, Syafeera Mohd Said, membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang nama sebenarnya, Azman Syah Alias.

Susulan keputusan itu, PU Azman, diberi tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi; memberikan pernyataan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh di mana dia tidak boleh disoal balas atau memilih untuk berdiam diri, dalam hal ini mahkamah mesti meneruskan untuk mensabitkannya.

Tertuduh kemudiannya memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Azman Syah menghadapi dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah inap desa dekat Kampung Sungai Udang, Klang, masing-masing pada 12.15 pagi dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.

Hakim kemudian menetapkan 12 Januari ini untuk prosiding bela diri oleh tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Amang Seksual PU Azman: “Saya Percaya Kepada Firdaus Wong Untuk Bantu Kami” – Saksi Kelapan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Amang Seksual PU Azman: “Dia Minta Anak Saya Sapukan Minyak Di Bahagian Kemal*annya Sebelum…” – Saksi Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Kurus Sebab Tekanan Kes Amang Seksual, PU Azman Masih Aktif Beri Ceramah – “Saya Dah Tak Fikirkan Apa-Apa…”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman Didakwa Lagi Atas Tuduhan Jenayah Amang Seksual, Kelucahan Melampau

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan Pertuduhan Ke-10 Kes Seksual, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

Sumber: Berita Harian

Khairil Khusyairi