Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2021 @ 2:20pm

Kes Bunuh Zulfarhan, Kesemua 18 Pelajar UPNM Didapati Bersalah, 6 Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini terlepas hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi,  Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, kini disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

6 Tertuduh dipenjara 18 tahun

Enam tertuduh berusia 25 tahun itu dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Mereka terdiri daripada, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Dalam pada itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dikehendaki menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mahkamah juga menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap 12 yang lain kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut dijalankan bermula hari ini.

Sumber/Kredit foto : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Trending Thu, 15 Aug 2019
Trending Mon, 16 Aug 2021
Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Musim Durian, Tapi Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu? Meh, Kita Kongsikan Tips Pilih Raja Buah Ini

Nak tahu bagaimana agaknay cara memilih durian yang betul? Sila baca entri ini.

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!

Trending Fri, 6 Nov 2020

| Live TV

error: Content is protected !!