Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

Peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu semakin membimbangkan apatah lagi ia berlaku diantara waktu perayaan berlangsung.

Justeru itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, kes di negara ini dijangka akan meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Jangkaan itu adalah  berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.

“Setakat ini, keseriusannya adalah lebih rendah daripada (varian) Delta. (Namun) kekal berjaga-jaga. Dapatkan dos penggalak,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook nya memaklumkan, jumlah baharu  kumulatif kes setakat 5 Februari 2022 adalah sebanyak 2,904, 131 kes.

Malah, beliau juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia segera mendapatkan dos penggalak bagi mengurangkan peningkatan jangkitan bergejala dalam kalangan masyarakat.

 

 

Salma Syahbuddin