Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hantaran rasmi Twitter hari ini memaklumkan kes Covid-19 pada hari ini mencatatkan kes tertinggi iaitu 3,309 kes baharu.
Bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 141, 533. Selain itu, empat kematian telah dilaporkan pada hari ini.
Hampir 78% kes baharu merupakan kes daripada negeri-negeri yang bakal dikenakan PKP, didahului Selangor (1,007 kes), Johor (442 kes) dan Sabah (409 kes).
Sumber: Twitter