Featured By: Attiqah Mohd October 18, 2021 @ 8:55pm

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu membabitkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarkan kajian dalam dan luar negara.

“Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (antivaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.

“Jangan kita cakap sini sana dan menyebarkan berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Saya Pergi Dapatkan Rawatan” – Zizan Razak Pernah Alami Anxiety

Kesiannya dengan Zizan, apa-apa pun kena utamakan kesihatan dulu ya.

Featured Wed, 3 Aug 2022

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi” – Nabila Huda

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Lavida Coin Tersenarai Dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

Senarai yang dikemas kini hari ini menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi