Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2022 @ 10:00am

Krisis Kekurangan Bekalan Ayam Dan Wujudnya Kartel Mengawal Harga, Negara Kini Henti Eksport, Mansuhkan Permit

Sejak krisis kenaikan harga barang, kekurangan bekalan ayam dan juga dakwaan kadar inflasi yang teruk bakal berlaku, kerajaan kini memutuskan untuk menghentikan eksport bekalan ayam yang dianggarkan sebanyak 3.6 juta ekor.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi mesyuarat kabinetnya dimana ia turut memutuskan agar pelaksanaan tersebut dikuatkuasakan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran bekalan ayam stabil.

Selain itu, langkah lain yang diambil kerajaan adalah memansuhkan Approved Permit (AP) bertujuan meningkatkan peluang pengimport menyediakan lebih banyak sumber bekalan.

Tegasnya, kerajaan juga sedar bahawa wujudnya kartel yang mengawal harga dan pengeluaran bekalan ayam terutamanya melibatkan syarikat besar.

“Jika didapati wujud kesepakatan kartel berkenaan, maka kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan mengurangkan peranan orang tengah yang selama ini memanipulasi bekalan dan harga.

“Kerajaan akan memperkenalkan semula jihad memerangi orang tengah yang telah saya perkenalkan pada 2014. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diberikan peranan untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini,” katanya.

Ketika ini, kerajaan sudah menetapkan harga siling ayam standard iaitu RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Dec 2019

KWSP Mohon Maaf Insiden Pesakit Kanser Didakwa Diusung Ke Kaunter

Harap tiada lagi insiden seperti ini berulang lagi

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

Featured Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

‘Saya Panik’- Eizlan Yusof

Anaknya, Zareef, 9 terbabit kemalangan di Sabak Bernam, awal hari ini.

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tayang Body Di Instagram, Alvin Chong Buat Netizen Cair

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) Menurut Alvin, gambar […]