Featured By: Marcella November 22, 2021 @ 3:22pm

Lagu Cinta Kita 3: Norman & Hazreen Tersingkir, Ada Pasangan Luah Perasaan? Jom Recap Episod 4!

Episod keempat Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan persaingan antara enam pasangan.

Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Ziana Zain hadir selaku juri jemputan.

Malah, episod itu turut menampilkan persembahan jemputan iaitu Yonnyboii yang menyanyikan lagu Salahku dan kumpulan Dolla dengan lagu Impikan.

Jom semak persembahan peserta LCK3 di minggu keempat:

Pasya & Puteri

Pentas LCK3 membuka tirai dengan persembahan daripada pasangan ini menerusi lagu Sumpah. Persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri berikutan pemilihan lagu yang tidak sesuai.

Mas Idayu: Mummy nampak dan dengar kesalahan yang sedikit pun. Tahap tenaga vokal untuk Pasya, awak tenggelam dengan Puteri. Dia bagi tenaga vokal yang sangat luar biasa tapi tiba-tiba awak tenggelam. Untuk feel awak, on and off.

Ziana: Mungkin lagu ni sesuai untuk perempuan. Bukan untuk duet. Kalau Pasya tengok dari segi persembahan, awak lebih kepada rock and Puteri lebih kepada ballad. I don’t see the chemistry and it does not blend well for you tonight. Tolong cari lagu yang sesuai untuk awak berdua pada episode minggu depan.

Malhamka & Yuveena

Persembahan pasangan ini menyampaikan lagu Sampai Syurga tidak dapat memikat hati juri kerana juri tidak dapat merasai keikhlasan dalam nyanyian.

Ajai: Yuvee, kamu dah mula memahami konsep duet ini sebenarnya. Sebab kalau kamu lihat cara penyampaian nyanyian kamu, segala pergerakan tubuh kamu menceritakan sesuatu. Mal, kamu takut sangat. Bila lepas nyanyi, penyampaian bercakap kamu tu berbeza dengan kamu punya karakter menyanyi yang terlampau kaku. Kamu bukan bagi 100 peratus keikhlasan pada penyampaian.

Syafeek & Zazo

Pasangan ‘sweet’ yang membawakan lagu Adele iaitu All I Ask mendapat pujian juri apabila merasakan pasangan itu telah jatuh cinta!

Ziana: Lagu ini sangat susah untuk dibawa. I see both of you are struggle nak tiru macam Adele tapi you lupa feel you. It should be bland. Kamu nyanyi, saya tak dengar jelas. It should be balance sebab lagu ini penuh dengan cerita dan perasaan. You have to really learn the lyric baru boleh nyanyi. You must know how to play with this song because lagu ini sangat mencabar.

Ajai: I think you guys dah fall in love. Untungnya Zazo ni dapat partner dengan Syafeek kerana raise voice dia besar. Dia boleh pergi ke highest note probably C to C sharp using the chest voice. Tak semua orang boleh capai note itu. Tapi sebenarnya, inilah menyanyi duet yang betul sebab dia kena rasa cinta itu.

Mas Idayu: Mummy rasa ini antara persembahan awak yang sangat best.

Hariz & Wanie

Pasangan bersuara hebat ini tidak pernah mengecewakan hati juri dan peminat. Sekali lagi mereka mendapat markah tinggi selama dua minggu berturut-turut!

Mas Idayu: Mummy nampak malam ini memang terbukti kelainan. Cuma ada sikit janggal dari segi body language Hariz, tapi Mummy sangat hargai usaha kerja keras awak. Itu yang penting.

Ziana: Mereka menguasai pentas dengan begitu bersahaja seperti buat show seperti nothing happens. Chemistry mereka juga sangat bagus. Mereka rasa confident dan belasah saja atas pentas ini. Inilah yang kita mahu dari mereka. Good job!

Kay & Ika

Pasangan yang membawakan lagu Asmara Bergelora ini tidak berjaya menarik perhatian juri berikutan pemilihan lagu yang santai dan tidak mencabar.

Ajai: Saya rasa kamu perlu ada lagu yang perlu mencabar vokal. Kamu tak boleh duduk macam begini saja all the way. Isi hati dan perasaan sudah betul. Kalau boleh, saya nak dengar lagu-lagu yang mencabar lagi. Ika kena jelaskan perkataan itu. Dia banyak sangat resonance. Kadang-kadang kita tak dengar ayat dia. Carilah cara dia macam mana kamu nak jelaskan perkataan itu.

Mas Idayu: Muzik dan cara awak menyanyi tak masuk. Awak menyanyi cara lama, cuba awak style kan cara muzik ini berjalan. Cara dia bermain dan cara awak menyanyi.

Norman & Hazreen

Pasangan yang menyampaikan lagu Ku Merindu, juri mengatakan lagu itu tidak sesuai dibawa ke pertandingan kerana lagu itu tidak mencabar.

Ziana: Lagu ini tiada challenge. Kalau untuk pertandingan, this is not the song actually for me. Pertandingan ini kita nak judge dari segi vokal, persembahan dan stage. Ini macam kita bersahaja. Kalau kita nak bertanding, kita kena choose the right song yang akan tampilkan vokal dan persembahan kamu.

Ajai: Suara dia sedap didengar cuma ingredients of the competition itu tiada.

Episod keempat juga menyaksikan penyingkiran satu pasangan duet iaitu Norman dan Hazreen.

Manakala, pasangan duet Kay dan Ika diberikan peluang untuk beraksi pada episod akan datang.

Jangan lupa untuk teruskan menonton dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Jul 2019
Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Afgan sempat berkongsi kisah jatuh cinta ketika di bangku sekolah dulu. Siapalah agaknya gadis bertuah itu kan?

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Perkahwinan David-Victoria Mula Goyang?

Pasangan selebriti popular yang berkahwin hampir 20 tahun itu dilaporkan sudah lama berdepan dengan masalah perkahwinan namun keretakan hubungan mereka tidak diketahui umum.

Eat Travel Wed, 5 Feb 2020
Trending Tue, 19 Jan 2021
Featured Fri, 23 Nov 2018

Tahukah Kamu Ladies, Lelaki Turn Off Melihat Wanita Bersolek Tebal!

Lelaki lebih menghargai kecantikan asli seseorang wanita berbanding fake beauty!

| Live TV