“Langgar Traffic Light Selamat… Bila Ikut, Accident Pula”- Netizen Kesian Dengan Nasib Myvi Dilanggar Motosikal Walaupun Ikut Peraturan Lampu Isyarat

Satu video tular yang memaparkan sebuah rakaman ‘dashcam’ menunjukkan sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta Myvi hitam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial Sukan Star TV, Myvi itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau untuk masuk ke sebuah simpang manakala dua buah kereta iaitu Saga dan Exora pula mengabaikan lampu isyarat dan meluru masuk ke simpang tersebut.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau dan Myvi itu membelok untuk masuk ke simpang, sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu terlanggar Myvi tersebut.

Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan kereta yang bernasib malang itu hilang kawalan dan terlanggar lampu isyarat bertentangan manakala penunggang motosikal itu tercampak jauh dari motosikalnya.

Rata-rata komen netizen meluahkan rasa kasihan kepada pemandu Myvi kerana walaupun kereta itu mematuhi lampu isyarat, dia tetap menjadi mangsa manakala dua lagi kereta yang melanggar lampu isyarat terlepas dengan selamat.

“Pemandu Myvi hitam itu betul-betul ikut peraturan dan undang-undang jalan raya. Dah hijau tiga ke empat saat baru dia gerak. Penunggang motosikal itu memang datang dari hutan agaknya langsung tidak ikut undang-undang akhirnya mendapat,” komen seorang pengguna bernama Shahak.

Ada juga yang menyamakan situasi ini sebagai simbolik kehidupan nyata dimana “yang baik dan yang betul tidak semestinya selamat dan yang jahat dan tak betul selalunya terlepas”.

 

Malah ada juga yang meninggalkan komen berbaur sindirian kepada penunggang motosikal dan dua buah kereta yang melanggar lampu isyarat disitu.

 

Difahamkan sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna jalan raya di jalan itu melanggar lampu isyarat.

“Jalan ni memang orang selalu potong que sebab traffic light dia lama sangat dan lepas masuk simpang itu banyak kereta suka berhenti tepi beli makanan pula, menyusahkan orang lain yang tunggu traffic light berjam-jam,” tulis seorang pengguna bernama Rayyan Perfume.

Setakat ini, video yang dimuatnaik pada Sabtu itu telah mendapat sebanyak 2,400 tanda suka dan 269 komen.

Arfah