Featured By: Marcella November 30, 2021 @ 3:44pm

Lelaki Maut, 5 Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk di persimpangan lampu isyarat Klebang, Melaka pada Isnin.

Perkongsian itu dimuat naik di laman Facebook oleh Siti Aisyah Mahmood yang menunjukkan beberapa gambar ketika kejadian.

Kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu adalah pekerja di sebuah restoran terkenal di Melaka dan seorang lelaki yang merupakan bapa kepada salah seorang pekerja kedai itu.

Menurut Aisyah, mangsa bernama Abdul Rahim disahkan meninggal dunia manakala pekerjanya yang lain patah kaki, sesak nafas dan mengalami kecederaan hati.

“Bapa kepada staf kami Mawar, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mawar pula patah kaki dan adiknya cedera.

“Haikal pula hatinya luka dan sesak nafas. Amirul dan Afiq cedera. Mereka semua berada di hospital,” katanya.

Aisyah berkata, motosikal dan kereta pekerjanya remuk dan rosak akibat kemalangan itu.

“Semua pekerja saya, motorsikal mereka remuk dan rosak. Kereta mawar jangan cerita memang hancur.

“Ya Allah sedih sangat. Semua mereka adalah pekerja saya yang terbaik. Allahu. Besar sungguh dugaan,” ujar Aishah.

Aishah meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemabuk kerana nyawa yang tidak bersalah dan berhati-hati di jalan raya yang melayang.

Kredit Foto: Siti Aisyah Mahmood

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Ramlah Ram Kurus Sebab Nak Kahwin?

Tanpa ambil pil tambahan, saya hanya kurangkan pengambilan karbohidrat. Saya juga baru mula makan nasi tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Trending Sun, 28 Apr 2019

#SetulusIkhlas: “Tidur Dulu. Tadi Malam Hawa Tidur Lambat. Sampai Nanti Ayah Kejut”- Pengacara Ini Dedah Sifat Penyayang Bapanya

Bak kata orang, ayah adalah cinta pertama dan role model terbaik buat anak perempuannya. 

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Trending Sat, 10 Jul 2021

Mencari Erti Cinta Abadi, Tak Mahu Dikongkong… Sissy Imann Kini Tampil Bebas!

Sissy Imann kini tampil ‘Bebas’! Itulah tajuk lagu terbaharu beliau yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun 2021 yang lalu. Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini

| Live TV

error: Content is protected !!