Trending By: Maya Basir May 24, 2022 @ 12:05pm

“Lelaki & Perempuan Pun Hantar” – Risau Dengan Generasi Sekarang, Alvin Chong Dedah Terima Foto K*malu*n Budak Sekolah

Pelakon Alvin Chong mengakui dia sering menerima gambar-gambah lucah berupa kemaluan lelaki dan wanita di ruangan ‘direct message’ (DM) di Instagram miliknya.

Menurut pelakon ini, perkara tersebut sangat menakutkan kerana ramai yang tergamak berkongsi gambar-gambar tidak senonoh dengan orang yang tidak dikenali di media sosial.

“Banyak kali juga saya terima gambar-gambar lucah di Instagram. Lelaki dan perempuan pun hantar. Bukan tu saja, budak-budak yang masih berpakaian sekolah pun ada yang hantar. Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

“Saya memang terkejut apabila melihat situasi seperti ini. Sebab hal ini dilihat sebagai satu masalah yang kurang sihat dan tidak sepatutnya berlaku,” kata Alvin.

Tambah Alvin, dia tidak memberikan sebarang respon terhadap gambar-gambar yang diterimanya itu kerana tidak mahu melayan perkara yang tidak baik.

“Memang saya tidak akan balas apa-apa kepada yang hantar gambar seperti itu. Sebab kalau balas, mesti mereka akan buat lagi. Disebabkan saya tidak setuju dengan hal ini, saya ambil keputusan untuk diamkan sahaja.

“Agak risau dengan generasi sekarang. Tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di media sosial memang tak boleh dikawal. Takkan kita nak ‘banned’ platform kerana ‘content’ yang tak bagus sedangkan ‘content’ yang serupa boleh dapat di tempat lain?,” katanya.

Alvin turut menegaskan betapa pentingnya untuk mengajar generasi muda ini untuk membezakan suatu perkara itu baik atau tidak untuk dilakukan.

“Budak-budak muda ini ada sifat ingin tahu. Jadi, kita sebagai orang dewasa kena didik mereka, apa yang betul apa yang tidak.

“Sama juga jika suatu hari nanti saya mempunyai anak, saya akan terangkan kepada mereka kenapa hal-hal lucah ini tidak baik untuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Masih Teringat EX? Kami Kongsikan Lima Tips Move On!

Ada juga yang tidak dapat menerima ketentuan dan mengambil cara singkat dengan membunuh diri bila putus cinta

Featured Wed, 8 Jun 2022

[VIDEO] Akibat Gugup, Lelaki Tersasul Ketika Akad Nikah – “Dengan Mas Kahwin 500 Juta Tunai…”

Lain macam dia punya tersasul tu 🤣 Nasib sempat sedar kalau tak mana nak cekau 500 juta, bayar guna duit jutaria pun belum tentu tak cukup 🤭

Featured Fri, 16 Dec 2022
Trending Sun, 29 Apr 2018

她将「15年老厢型车」改装超舒适跟狗狗环游世界

国外一名女子Marina Piro 亲手将一台老式的厢型车Pam 改装得超舒适,然后带着她的爱犬Odie 就这样四处旅行环游世界,并在IG 分享她的惬意生活让粉丝们羡慕不已,一起来看看她的旅程吧!

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Hafidz Roshdi Tekad Fail Undang-Undang Atas Nurul Shuhada Sekiranya Masih Sebar Keburukkan – “Aib Dia Saya Jaga Erat”

Siapa burukkan saya, saya akan tuntut semua dosa-dosa dan pahala saya di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak – Hafidz Roshdi

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Wed, 1 May 2019

Check Out the Latest Up and Rising Band Tashoora

Their songs are really catchy.

Trending Wed, 22 May 2019
error: Content is protected !!