Featured By: Attiqah Mohd July 15, 2021 @ 9:24pm

Lockdown Tidak Gagal Sepenuhnya, Varian Baru Delta Paling Bahaya Ragut Beribu Nyawa

Kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13, 215 kes sekaligus menjadi antara kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, antara punca peningkatan kes adalah disebabkan varian baru COVID-19 iaitu varian delta yang kini hampir merebak ke seluruh negeri

“Salah satu faktor peningkatan ini ialah varian dan kita dimaklumkan, delta menjadi varian dominan. Sebelum ini ialah beta yang telah merebak seluruh negara dan setiap negeri dikesan ada beta varian tetapi delta varian ini merebak dengan cepat.

“Kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam masa singkat. Kita lihat jangkitan ikut udara dan dalam masa singkat, ia boleh menjangkiti jadi perlu ambil tindakan bagi mengelakkan jangkitan,” ujarnya.

Malah, perkara itu turut disokong oleh Dr Liyana Dhamirah yang menyifatkan varian delta boleh membawa maut.

Menerusi media sosial, Dr Liyana turut mengingatkan orang ramai untuk berhati hati kerana Malaysia kini sedang berperang dengan musuh yang paling bahaya .

“Sedarlah bukan lockdown kita gagal sepenuhnya, tatapi virus ini ada varian baru dan tindak balasnya lain daripada varian sebelumnya.

“Keadaan ini adalah di luar kawalan di luar jangka manusia. Varian ini paling bahaya dan cepat meragut nyawa. Kita harus bersedia dan lebih bertanggungjawab”, katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Featured Thu, 19 Mar 2020
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Trending Mon, 14 Oct 2019
Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak