Featured By: Attiqah Mohd June 3, 2021 @ 8:18pm

M40, T20 Layak Terima Bantuan Moratorium

Bantuan moratorium akan diberikan kepada mana-mana individu yang mengalami pengurangan pendapatan dan hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelayakan itu termasuklah golongan M40, T20, perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan B40, M40 dan T20, penerima BSH atau BPR, perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP juga boleh memilih untuk mendapat moratorium automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀

“Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada pihak bank. Kelulusan adalah secara automatik,” katanya.

“Saya melihat banyak pertanyaan sama ada golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. Ya. Jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira M40 atau T20, anda layak untuk memohon moratorium di mana kelulusan adalah secara automatik. ⠀

“Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan,” katanya.

Sumber: sinar harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Aug 2023
Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Trending Wed, 21 Apr 2021

“Bulan Puasa Bulan Paling Sibuk” – Fazley Yaakob

“Jujur saya katakan, jadual saya rangka dua minggu awal. Ada sahaja aktiviti yang saya lakukan setiap hari,” kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai aktiviti hariannya dalam merencana kerjaya. Menurut Fazley, kesibukannya bertambah […]

Featured Tue, 10 Mar 2020
Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Featured Fri, 2 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu […]

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Ingat ya, sekali dah masuk memang tak boleh patah balik guys!