Events By: Salma Syahbuddin March 17, 2020 @ 12:00pm

Malaysia Partial Lockdown! Pekerja Dan Majikan Kena Patuhi Akta Kerja 1955 Ini

Kementerian Sumber Manusia menggesa pekerja dan majikan di Malaysia agar mengguna pakai Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955 susulan penularan koronavirus baharu (Covid-19). 

Kenyataan kementerian itu menyebut bahawa Seksyen 60F turut memperuntukkan mengenai pemeriksaan kesihatan iaitu mengarahkan pekerja untuk segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai perubatan atas pembiayaan majikan.

Sumber : Google

“Tempoh kelayakan cuti sakit bergaji (tanpa hospitalisasi) juga diperuntuk selain majikan perlu memberikan cuti sakit bergaji atau kelayakan hospitalisasi sepanjang tempoh rawatan di hospital bagi pesakit yang disahkan mempunyai simptom jangkitan Covid-19.

 “Bagi pekerja yang diberi arahan kuarantin melebihi tempoh kelayakan cuti sakit atau hospitalisasi, majikan digalakkan untuk memberi kemudahan bayaran tambahan kepada pekerja bagi tujuan menjaga keharmonian hubungan pekerja dan majikan,”

Manakala, pekerja yang diberi Perintah Kuarantin atau Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman, sepanjang tempoh kuarantin itu tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan seperti yang tertera pada Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa menerusi seksyen sama, majikan boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak pemberhentian pekerja seperti yang disyorkan di dalam Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan.

“Antaranya ialah mengehadkan kerja lebih masa, mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja seminggu, mengurangkan waktu bekerja harian, melaksanakan pemberhentian kerja sementara, misalnya dalam bentuk penutupan sementara dengan menawarkan gaji berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula.

“Majikan juga boleh mengurangkan gaji pekerja yang dibuat secara adil di semua peringkat sebagai langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain dilaksanakan,” katanya.

Sumber : Google

Jika berlaku keadaan yang menyebabkan kemerosotan dalam perniagaan sehingga menyebabkan majikan terpaksa mengambil tindakan untuk mengurangkan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja, majikan perlu merujuk Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang boleh didapati di laman sesawang JTKSM iaitu http://jtksm.mohr.gov.my.

Majikan dikehendaki menggunakan Borang Pemberhentian bagi tujuan melaporkan pemberhentian kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terdekat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum mengambil tindakan Pemberhentian Pekerja, Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela; Pemberhentian Kerja Sementara atau Pengurangan Gaji.

Sumber : Google

Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan seperti di atas, sekiranya disabitkan kesalahan boleh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan.

JTKSM juga menubuhkan Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian Pekerja Ekoran Wabak Covid-19 di peringkat jabatan untuk merekod maklumat pemberhentian yang berlaku dan memantau situasi perburuhan yang terjejas akibat penularan penyakit itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Cheryl Samad Kembali Beraksi Dalam The Bridge

Cheryl Samad kini muncul dengan drama terbaru lakonannya yang bakal ditayangkan di saluran ntv7 pada 26 November ini berjudul The Bridge

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Featured Thu, 19 Jan 2023

Comel! Gelagat Jebat Jayden ‘Review’ Makanan Undang Tawa Warganet – “Pak Mat Takut Tak?”

Anak kepada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sering meraih tawa warganet di media sosial dengan gelagat comel dan lucunya. @pakmatwestern Sharnaaz Ahmad dah warning😱 #fyp #foryou #foryoupage ♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku –

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Featured Mon, 28 Mar 2022

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Alhamdulillah, Tahniah Natasha! Kita doa yang baik-baik ya.. 😍

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Acap Kali Diaju Gelaran ‘Nista’, Shila Amzah Tempelak Netizen Mulut Celupar – “Kenapa Kena Cakap Macam Hidup Saya Terhutang Pada…”

Tu la gais sebelum cakap apa apa fikir dulu ya ☺️ Dengar ni pesanan Shila, jangan sesuka hati label orang lain yang bukan bukan ya 😌

| Live TV

error: Content is protected !!