Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Pengacara dan pempengaruh media sosial, Mek Yun berdepan detik cemas diekori seorang warga asing tidak dikenali baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee memberitahu tidak sempat melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan di pusat beli-belah lokasi kejadian selepas lelaki tersebut berjaya melarikan diri.

Namun, dia bersyukur dirinya dan ibu berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Silap saya sebab tak buat laporan polis selepas kejadian itu kerana saya tak sempat mencari pengawal keselamatan ditempat itu. Lelaki itu pun berjaya larikan diri.

“Tapi saya syukur sebab tiada apa-apa yang berlaku pada saya dan ibu. Saya pun tak pasti lelaki itu berada di mana,” ujarnya.

Sementara itu, Mek Yun berpesan agar golongan wanita lebih berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri semasa berada di tempat sunyi.

“Saya harap wanita di luar sana sekiranya berdepan dengan situasi sama, jangan panik dan jangan berjalan seorang diri.

“Jangan jalan seorang diri di kawasan tempat letak kereta yang sunyi. Paling penting cari bantuan paling dekat atau panggil pengawal keselamatan untuk dapatkan bantuan,” pesannya.

Maya Basir