Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2022 @ 5:23pm

OHSEM ADS 2022 Sasar 3,000 Usahawan SME, Bakal Terima Manfaat Dari Rangkaian Media REV

Hasil usahasama antara Dattel Asia Group (Dattel), REV Media Group (RMG) dan OHSEM ADS 2022, satu acara khas buat usahawan SME akan dilaksanakan pada 3 November 2022 ini bertempat di Mines 2, Seri Kembangan.

Tujuan OHSEM ADS 2022 diadakan adalah bagi menerangkan kepada usahawan dan ahli pemasaran tentang kelebihan pengiklanan melalui Rangkaian Media REV dengan menggunakan kuasa data perilaku pengguna.

Bakal menarik 3,000 usahawan SME Malaysia

Acara ini juga dijangka akan menarik sehingga 3,000 usahawan dan ahli pemasaran dalam kalangan komuniti SME Malaysia yang mahu memaksimumkan pulangan dari pelaburan pengiklanan (ROI) mereka.

Walaupun ramai dalam kalangan pengusaha SME yang mengakui, populariti laman web seperti The New Straits Times, SAYS dan Vocket namun, mereka kurang sedar bahawa laman-laman web popular ini adalah sebahagian daripada Rangkaian Media REV iaitu platform yang menarik jumlah pengunjung atas talian tertinggi di Malaysia.

Menurut laporan Comscore, Rangkaian Media REV dikunjungi seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulanan Facebook mahupun Google di Malaysia.

Di samping itu, walaupun panduan amalan terbaik pemasaran digital menyarankan penggunaan berintegrasi media sosial, pengoptimuman enjin carian, iklan Google, dan Penerbit Kandungan Premium, hakikatnya kebanyak SME hanya mampu menggunakan media sosial sahaja bagi
kegunaan pemasaran mereka disebabkan oleh titik masuk harga yang rendah.

Usahawan berpeluang mendapat manfaat daripada Rangkaian Media REV

Dari perbincangan dengan usahawan SME, mereka menyatakan tiga sebab utama mengapa rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV tidak digunakan dalam strategi pemasaran mereka:

  1. Tanggapan rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka
  2. Keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar
  3. Tidak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat

Bagaimanapun, OHSEM ADS 2022 akan menangani ketiga-tiga isu ini melalui perkongsian tentang kelebihan dan nilai tambah yang diperolehi usahawan SME melalui rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV. Beberapa contoh keberkesanan pengiklanan di Rangkaian Media REV akan ditonjolkan kepada usahawan SME di OHSEM ADS 2022 nanti.

Ia sekaligus memanfaatkan platform ini sebagai pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi
menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee, usahawan SME tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional bagi mendapatkan data dan menghasilkan persona untuk dipadankan dengan penyasaran audiens mereka.

“Usahawan SME tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional bagi mendapatkan data dan menghasilkan persona untuk dipadankan dengan penyasaran audiens mereka.

“Ini kerana, enjin penyaran berpandukan AI kami akan menyarankan asset media yang optimum untuk audiens pilihan anda, seterusnya memudahkan usaha pemilik jenama,” katanya.

Bukan itu sahaja, Usahawan SME yang hadir ke OHSEM ADS 2022 boleh mempertingkatkan keupayaan pemasaran dan pengiklanan mereka melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.

Ia termasuk, pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits).

Platform ini boleh menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.

Bukan itu sahaja, mereka yang hadir berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan pada hari tersebut. Kadar pengiklanan ini telah direka khas untuk usahawan SME dan membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium sekaligus memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.

OHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi.

Bagi usahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV Ad Manager boleh mendaftar di laman web ini https://ohsem-ads-2022.eventbrite.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

#Shamila are Making Fans Quickly Skeptical, and Some are More than Convinced!

Shawn Mendes and Camila Cabello once again became a hot topic of a heated discussion on the Internet. But why? Could it be…

Trending Mon, 16 Aug 2021

‘Dulu Lebih 200, Sekarang Sekitar 20 Pesakit Sahaja’ – Pengarah HKL

Jika kelmarin seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, semalam pengarahnya mengesahkan perkara itu. Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku […]

Trending Fri, 8 Jan 2021
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Majlis Resepsi Elfira Loy Di Melaka Ada Nilai Sentimental

Dipercayai majlis tersebut merupakan permintaan daripada nenek Faris sendiri yang ingin melihat cucunya bersanding di kampungnya. 

Hiburan Mon, 3 Jul 2023

Pernah Dicurangi, Daiyan Trisha Trauma Nak Bercinta Lagi

cantik cantik pun kena curang hm sian Daiyan 😢