Trending By: Syafiqa Irdina June 15, 2020 @ 12:48pm

Padah Curi Hasil Kebun Orang, Mulut Disumbat Kulit Durian

Malang tidak berbau!

Padah mencuri hasil kebun orang lain, 2 lelaki dicekup penduduk kampung dan disumbat mulut mereka dengan kulit durian sebelum diserahkan kepada pihak polis kelmarin.

Perkara tersebut disedari oleh pemilik dusun tersebut bersama dua rakannya dalam kejadian sekitar jam 3 pagi di dusunnya di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering.

Cecah RM 500

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika kejadian, kedua-dua suspek sedang leka memasukkan durian ke dalam raga di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

Hasil pemeriksaan menemui raga yang mengandungi 30 biji durian dianggarkan bernilai RM500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, suspek mengaku telah mencuri durian tersebut dan dibawa ke Balai Polis Changkat Jering untuk siasatan.

Apa-apa pun, semoga isu ini menjadi iktibar buat semua!

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru

Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Tom Hanks Dan Rita Wilson Keluar Hospital, Ini Nasihat Mereka Kepada Orang Ramai

SETELAH seminggu disahkan menghidapi Corona (Covid-19),  pasangan Tom Hanks dan Rita Wilson sudah dibenarkan keluar daripada hospital dan perlu manjalani kuarantin di rumah buat sementara waktu. Pasangan ini gemar mengemaskini keadaan diri mereka menerusi laman […]