Akan Ada Pertuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan – Peguam

Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui hari ini, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh atau dilepaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan Berita RTM, peguam, Fahmi Moin mendedahkan akan ada pertuduhan terhadap pasangan tersebut.

“Akan ada pertuduhan terhadap ibu dan bapa Zayn Rayyan, namun seksyen berapa dan dituduh di mahkamah mana, tidak dapat dipastikan lagi,” ujarnya kepada pemberita,

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar 9.15 pagi tadi memaklumkan perkara tersebut dalam satu sidang media.

Beliau juga memaklumkan, Datuk dan Nenek Zayn Rayyan juga akan dilepaskan hari ini namun waktu belum dapat dipastikan lagi.

Terdahulu, peguam Mahmud Jumaat tiba di kompleks mahkamah sekitar 8.50 pagi.

Peguam Mahmud yang ditemui memberi respons bahawa beliau yakin Polis Diraja Malaysia telah buat yang terbaik dalm kes berkenaan.

Ketika ini, pengamal media masih lagi menunggu ibu bapa Zayn untuk tiba di kompleks mahkamah.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita RTM

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi