Pendakwah Terkenal & Isteri Dipanggil Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataannya hari ini mengesahkan telah memanggil semula pendakwah terkenal bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual yang tular sejak bulan lalu.

Malah, pihak polis memaklumkan isteri pendakwah tersebut juga turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman pada Khamis.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.

Untuk makluman, kes gangguan seksual ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, kes gangguan seksual yang tular dimedia sosial menjadi topik  hangat dalam kalangan netizen apabila Ustaz Ebit Lew didakwa terlibat dalam video tersebut.

 

Sumber:Awani

Salma Syahbuddin