Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah.

Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok yang dimuatnaik pada Rabu dibawah nama pengguna @ItsShwifty menunjukkan keadaan yang mendebarkan apabila sekumpulan pelajar di dalam sebuah kelas sedang bercangkung dan cuba untuk melindungi diri dibawah meja.

Di sebalik pintu hadapan kelas tersebut terdapat seorang lelaki yang mengakui dirinya adalah pegawai polis dan cuba memujuk pelajar di dalam kelas berkenaan untuk membuka pintu.

“Ini adalah pegawai polis, buka pintu ni,” kata lelaki disebalik pintu itu.

Tetapi para pelajar di dalam kelas tersebut tidak mempercayainya.

“Kami tidak mahu mengambil risiko dengan membuka pintu sekarang,” jawab seorang pelajar.

Lelaki itu kemudiannya cuba untuk meyakinkan pelajar dengan mengajak mereka untuk melihat lencana polisnya, tetapi cara penggunaan ayat yang digunakan telah membongkarkan penyamarannya apabila dia memanggil pelajar dengan panggilan ‘bro’.

“Ok. Datang ke pintu ini dan tengok lencana saya, bro” kata penyamar itu.

Setelah mendengar perkataan ‘bro’ pelajar-pelajar di dalam kelas itu segera bangun untuk keluar dari kelas itu melalui tingkap.

“Dia sebut ‘bro’. Bendera merah,” kata seorang pelajar yang termengah-mengah bergerak untuk melarikan diri.

Bendera merah yang dikatakan itu merujuk kepada bahaya dan selalunya anggota polis tidak akan menggunakan perkataan yang tidak formal seperti ‘bro’.

 

@shwifty766 All prayers out for Oxford high school and to all my classmates #prayers #prayersneeded #oxfordhighschool #fyp #fypシ #capcut ♬ original sound – ItsShwifty

Walaupun begitu, pegawai polis daerah Okland, Michael Bouchard mengesahkan bahawa lelaki disebalik pintu itu bukanlah suspek yang didakwa oleh pelajar, tetapi salah seorang anggota polis mereka.

Memetik laporan Inside Edition, Bouchard mengatakan kebarangkalian besar lelaki itu adalah anggota kami yang memakai baju biasa dan dia mungkin menggunakan perkataan ‘bro’ di dalam intonasi perbualan biasa untuk cuba menenangkan para pelajar.

“Suspek tidak pernah mengetuk pintu itu,” jelas Bouchard.

Namun, tindakkan pantas pelajar yang terlibat masih dipuji oleh pakar keselamatan kerana mereka memilih untuk meyelamatkan diri dari berhadapan dengan situasi yang berpotensi membahayakan mereka.

Kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Oxford ini telah mengorbankan empat nyawa dan mangsa yang terlibat berusia antara 14 hingga 17 tahun.

BBC melaporkan kejadian tembak ini adalah perbuatan yang sengaja dilakukan oleh seorang remaja berusia 15 tahun dan dia telah didakwa atas kesalahan keganasan dan pembunuhan peringkat pertama.

Walaupun berusia 15 tahun, dia didakwa sebagai orang dewasa.

Sumber: Inside Edition dan BBCSekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah.

Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok yang dimuatnaik pada Rabu dibawah nama pengguna @ItsShwifty menunjukkan keadaan yang mendebarkan apabila sekumpulan pelajar di dalam sebuah kelas sedang bercangkung dan cuba untuk melindungi diri dibawah meja.

Di sebalik pintu hadapan kelas tersebut terdapat seorang lelaki yang mengakui dirinya adalah pegawai polis dan cuba memujuk pelajar di dalam kelas berkenaan untuk membuka pintu.

“Ini adalah pegawai polis, buka pintu ni,” kata lelaki disebalik pintu itu.

Tetapi para pelajar di dalam kelas tersebut tidak mempercayainya.

“Kami tidak mahu mengambil risiko dengan membuka pintu sekarang,” jawab seorang pelajar.

Lelaki itu kemudiannya cuba untuk meyakinkan pelajar dengan mengajak mereka untuk melihat lencana polisnya, tetapi cara penggunaan ayat yang digunakan telah membongkarkan penyamarannya apabila dia memanggil pelajar dengan panggilan ‘bro’.

“Ok. Datang ke pintu ini dan tengok lencana saya, bro” kata penyamar itu.

Setelah mendengar perkataan ‘bro’ pelajar-pelajar di dalam kelas itu segera bangun untuk keluar dari kelas itu melalui tingkap.

“Dia sebut ‘bro’. Bendera merah,” kata seorang pelajar yang termengah-mengah bergerak untuk melarikan diri.

Bendera merah yang dikatakan itu merujuk kepada bahaya dan selalunya anggota polis tidak akan menggunakan perkataan yang tidak formal seperti ‘bro’.

 

Walaupun begitu, pegawai polis daerah Okland, Michael Bouchard mengesahkan bahawa lelaki disebalik pintu itu bukanlah suspek yang didakwa oleh pelajar, tetapi salah seorang anggota polis mereka.

Memetik laporan Inside Edition, Bouchard mengatakan kebarangkalian besar lelaki itu adalah anggota kami yang memakai baju biasa dan dia mungkin menggunakan perkataan ‘bro’ di dalam intonasi perbualan biasa untuk cuba menenangkan para pelajar.

“Suspek tidak pernah mengetuk pintu itu,” jelas Bouchard.

Namun, tindakkan pantas pelajar yang terlibat masih dipuji oleh pakar keselamatan kerana mereka memilih untuk meyelamatkan diri dari berhadapan dengan situasi yang berpotensi membahayakan mereka.

Kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Oxford ini telah mengorbankan empat nyawa dan mangsa yang terlibat berusia antara 14 hingga 17 tahun.

BBC melaporkan kejadian tembak ini adalah perbuatan yang sengaja dilakukan oleh seorang remaja berusia 15 tahun dan dia telah didakwa atas kesalahan keganasan dan pembunuhan peringkat pertama.

Walaupun berusia 15 tahun, dia didakwa sebagai orang dewasa.

Sumber: Inside Edition dan BBC

Arfah