Trending By: Padin August 3, 2021 @ 9:33am

Perlis, Sarawak & Labuan Bakal Beralih Ke Fasa 3 PPN Berkuatkuasa Esok

Tiga negeri yang menunjukkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada tiga negeri yang beralih ke Fasa 3 PPN ini.

“Alhamdulillah, sukacita ingin saya umumkan bahawa tiga buah negeri yang menunjukkan prestasi yang amat baik akan beralih ke Fasa 3 PPN iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu, 4 Ogos 2021.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan. Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya. Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat,” tulisnya menerusi sebuah kenyataan di laman Facebook semalam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri terus mengingatkan tiga negeri ini untuk kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang digariskan untuk memperbaiki situasi pandemik di negeri masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

#OhAbangKosmetik Bantu Intan Liana

Intan yang juga ibu kepada dua orang anak ini semakin mendapat perhatian dari netizen apabila kes beliau diceraikan tanpa sebab dan muat naik caption di insta story beliau sempena ulangtahun kelima perkahwinannya bersama suami menjadi viral baru-baru in

Featured Wed, 28 Sep 2022

Kongsi Foto Bilik Di UK, Netizen Tergamam Kasih Iris Leona Dedah Harga Sewa RM976 Seminggu!

Wah… cantiknya bilik Leona 😍 Tapi harga meninggal kalau convert RM 🤣

Featured Thu, 31 Mar 2022
Trending Tue, 10 Jul 2018

Tun M’s Birthday Wish is for the Press to Help Fight Corruption

Such a simple yet idealistic wish to have asked for.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

Hiburan Fri, 1 Mar 2024