Umum maklum, para pencarum KWSP kini boleh menyemak keputusan permohonan i-Citra yang bermula 12 Julai lalu.
Namun, masih ada segelintir permohonan yang tidak diluluskan oleh i-Citra
Justeru bagi mereka yang menerima keputusan tidak berjaya. Anda tidak usah khuatir kerana berikut merupakan beberapa sebab kenapa permohonan anda ditolak
Kemungkinan adalah seperti berikut :
- No telefon terkini tidak dikemaskini dalam sistem KWSP.
- Buat KEMASKINI NO TELEFON BAGI PROSES OTP/TACNo telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan pertama kali di kaunter
- No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di kiosk KWSP
- Tidak daftar i-Akaun KWSP
Bagi semakan identiti tidak berjaya, anda boleh cuba untuk melakukan kemaskini i-Citra seperti berikut :
CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR EMAIL/ALAMAT)
Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
- Masuk portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
- Isi ruangan Nombor MyKad / MyPR
- Isi ruangan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan butang TERUSKAN
- Tunggu SMS dari pihak KWSP.
(Contoh kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut: “RM0 KWSP: Permohonan i-Citra. OTP 999999. Sila hubungi KWSP di 03-89224848 sekiranya tidak membuat permohonan”).
- Masukkan NOMBOR OTP yang diterima dari telefon bimbit
- SAHKAN NOMBOR OTP dengan menekan butang
- Jika otp tak sampai, buat KEMASKINI NO TELEFON i-CITRA KWSP BAGI PROSES OTP/TAC
Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
Masuk ke Bahagian 2: Maklumat Permohonan
Semak maklumat permohonan i-Citra anda
- Nama Penuh
- Nombor MyKad / MyPR
- Nombor Telefon Bimbit
- Kemaskini butiran peribadi sekiranya perlu
- Alamat E-mel (Untuk pengesahan permohonan)
- Alamat Surat-Menyurat Terkini
- Poskod
- Bandar
- Negeri
CARA KEMASKINI i-Citra KWSP (CARA TUKAR NO AKAUN BANK)
Selepas anda kemaskini alamat E-mel dan alamat surat-menyurat terkini, anda dikehendaki mengemaskini dan tukar no akaun bank
- Di ruangan Adakah anda mempunyai Akaun Bank untuk bayaran pengeluaran?,
- Buat pilihan Ya
- Masukkan Nama Bank yang dikehendaki oleh anda
- Pilihan yang ada adalah seperti berikut:
- AFFIN BANK BERHAD
- AGROBANK
- AL RAJHI BANK (M) BHD
- ALLIANCE BANK
- AMBANK (M) BHD
- BANK MUAMALAT (M) BHD
- BANK RAKYAT
- BANK ISLAM (M) BHD
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB BANK BHD
- CITIBANK BERHAD
- EON BANK BERHAD
- HSBC BANK (M) BHD
- HONG LEONG BANK
- KUWAIT FINANCE HOUSE (M) BHD
- MAYBANK
- OCBC BANK (M) BHD
- PUBLIC BANK BHD
- RHB BANK BHD
- STANDARD CHARTERED
- UOB (M) BHD
- Masukkan Nombor Akaun Bank yang dipilih oleh anda
- Setelah anda masukkan Nombor Akaun Bank, akan keluar satu lagi ruangan yang menunjukkan paparan “Sila isikan semula nombor akaun bank”
- Anda perlu mengisi lagi sekali no akaun bank.
- Jika anda tidak masukkan Nombor Akaun Bank sekali lagi, anda tidak boleh kemaskini dan teruskan permohonan i-Citra.
- Jadi, masukkan sekali lagi di ruangan yang bertulis “Sila isikan semula nombor akaun bank”
- Pilih jawapan kepada soalan Saya memohon Pengeluaran i-Citra kerana
- Kehilangan sumber pendapatan utama (tidak boleh bekerja atau diberi cuti tanpa gaji)
- Kehilangan pekerjaan (diberhentikan)
- Telah lama tiada pekerjaan / pendapatan
- Mengalami penguran pendapatan / gaji
- Membantu pasangan / ahli keluarga yang terjejas
- Menambah sumber kewangan walaupun pekerjaan / pendapatan tidak terjejas
- Sebab-sebab lain
- Pilih jawapan kepada soalan Pengeluaran i-Citra akan membantu saya untuk
- Menampung perbelanjaan keperluan asas harian / bulanan
- Membayar tunggakan hutang (rumah , kereta dan lain-lain)
- Perbelanjaan / ubahsuai rumah bagi keperluan pekerjaan (WFH) dan norma baharu
- Menampung kos pendidikan / pembelajaran anak-anak
- Menambah simpanan / dana kecemasan
- Membuat pelaburan (saham, emas dan lain-lain)
- Membiayai kos melakukan kerja harian / pernagaan kecil-kecilan
- Membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan
- Membeli hadiah untuk pasangan, ibu bapa atau orang tersayang
- Perbelanjaan bukan keperluan asas
- Hal-hal lain
- Tekan pada butang TERUSKAN
- Buat Pengesahan Permohonan