Featured By: Salma Syahbuddin March 17, 2022 @ 10:33am

Permohonan Pengeluaran Khas & Pembayaran KWSP RM10,000 Akan Bermula Pada…

Permohonan bagi pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti.

KWSP dalam satu kenyataannya memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 itu bertujuan untuk meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Bersetuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Sebanyak RM10,000

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Thu, 11 Jan 2018

Warna Pengaruhi Kesihatan

Percaya atau tidak, warna memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pada hari ini, terapi warna atau Chromotherapy merupakan alat penting untuk rawatan penyembuhan di mana ia dipercayai boleh memulihkan penyakit dan

Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Trending Tue, 13 Aug 2019

8月13日!今天是「国际左撇子日」

8月13日是国际左撇子日(International Left Handers Day)是全世界所有左撇子的节日。

Featured Tue, 28 Jun 2022
Trending Fri, 29 Jan 2021

Hafiz Hamidun Bakal Tampil Dengan Konsert ‘Virtual’ Marhaba

Tak sabar rasanya nak dengar album Marhaba

Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok

Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

| Live TV