Events By: Salma Syahbuddin April 23, 2022 @ 3:58pm

Permohonan Rayuan BKM 2022: Semak Senarai Kategori & Tarikh Permohonan Rayuan Bagi Yang Layak

Untuk makluman semua, data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas Covid-19 dan pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasikan status kelayakan mereka.

Namun, bagi yang tidak lulus, pemohon masih berkesempatan membuat permohonan rayuan BKM  secara online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai kategori yang layak membuat permohonan rayuan BKM 2022.

Kategori yang layak buat permohonan rayuan

Pemohon yang layak membuat permohonan rayuan BKM 2022 adalah;

  • Pemohon yang berstatus TIDAK LULUS BKM 2022, ATAU
  • Pemohon yang berstatus LULUS BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Permohonan tidak lulus kerana tidak melepasi syarat bujang

Bagi permohonan BKM 2022 yang tidak lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi kategori bujang, ini mungkin sebabnya;

  1. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022
  2. Berumur 19-20 tahun dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)

Permohonan rayuan ini hanya dibenarkan sekiranya taman pengajian sesi 2021/2022  atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa.

Tarikh permohonan rayuan BKM 2022

Berikut merupakan tarikh permohonan rayuan BKM 2022 yang akan dibuat apda;

  • Secara dalam talian (online) : Bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022
  • Secara borang kertas: Bermula 9 Mei 2022 sehingga  2 Jun 2022

Justeru itu, proses ini dilaksanakan bagi memberi pertimbangan semula permohonan yang TIDAK LULUS dengan memberi ruang dan peluang kepada pemohon mengemukakan rayuan untuk disemak semula oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Oct 2019
Featured Wed, 25 May 2022
Featured Tue, 4 Dec 2018

Gara-Gara Pewarna Rambut, Wajah Wanita Ini Bengkak Teruk!

Nak cantik punya pasal, muka sampai jadi bengkak!

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Ingat ya, sekali dah masuk memang tak boleh patah balik guys!

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

‘Minta Maaf Sebelum Pukul 6, Kalau Tidak…’- Che Ta Kesal Bekas Pemandu Tak Muncul Di Sidang Media

Semoga ada penyelesaian baik di antara kedua pihak ini.Insya Allah…

Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

error: Content is protected !!