“Pesen Apa Pula Ni Baby…” – Tampil Pakai Bandana, Ramai Tegur Ameera Khan Lepas Ni Jangan Salahkan Netizen Sebab…

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya sambil mengenakan bandana bagi menggantikan hijabnya seperti sebelum ini.

Menerusi perkongsian itu, Ameera atau lebih dikenali dengan panggilam Little Miss Khan (LMK) turut mempamerkan rambutnya.

Bagaimanapun, perkongsian yang kini memiliki lebih 33,000 tanda suka itu dibuat bertujuan mempromosikan sebuah jenama mewah terkenal antarabangsa, Burberry.

 

Namun, penampilan terkininya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila rata-rata warganet keliru dengan fesyen yang cuba ditampilkan oleh adik kepada Neelofa ini.

Terdahulu, Ameera pernah memaklumkan bahawa dirinya sudah memakai hijab sekitar Mac tahun lalu.

Namun, sejak akhir-akhir ini kelibat beliau sering mencuri perhatian apabila tampil dengan hanya memakai topi dan memakai baju hoodie.

Salma Syahbuddin